Bismillahirahmanirrahim ...
Ahad .. hari 1
Tiba@Niosh.kami daftar masuk.kunjung pusat membeli-belah di sebelah jalan.Tak pasti apa nama. Tak biasa dengan jalan Johor maka ambil beberapa minit untuk sampai. Jalan Johor yang ada pusingan-u pada jarak berhampiran, agak membantu. Makan bertih jagung, beli di pawagam di situ. Makan kfc yang rasanya tetap sedap sangat walaupun saya mempunyai masalah dengan juruwang yang lupa untuk memasukkan pesanan saya dan kfc ini paling kurang maklumat pada paparan menu berbanding kfc lain. Mungkin juga sebab sudah waktu Maghrib buat kami berdua rasa tak selesa. Saya tak berapa sedap hati dengan apa yang berlaku. Selepas makan malam, Kami ke pasaraya yang terpelusuk di aras bawah tanah. Beli ubat gigi, syampu, mandian dan lampin pakai buang sofia, satu kawalan jauh mainan kereta. Sofia menangis apabila pertama kali masuk bilik asrama di Niosh. Jadi hari pertama perasaan saya ke sini sana~ ~ ~ Alhamdulillah dia tidur dengan baik sepanjang malam.
Berkunjung ke tempat baru dengan anak dan pasangan anda boleh jadi mencabar. Jadi di sini ada beberapa tips:
1. Jadikan tabiat untuk menyimpan senarai semak barang-barang untuk dibawa bersama. fikir apa yang anda mungkin tertingal dan perlu gunakan dan beli dulu sebelum kamu berehat di tempat yang baru tiba.
2. Sabar dan berfikiran terbuka.
Anda dan pasangan kedua-duanya adalah baru di tempat itu. Oleh itu kedua-dua juga mungkin berasa sedikit tidak selamat, resah, dan mempunyai emosi sedikit terganggu. Jangan beri ruang untuk perbalahan. Jangan tunding pada kesilapan. Besarkan hati untuk biarkan perkara yang berlaku berlalu.
3. Menghormati pemandu - biarkan keputusan akhir dibuat olehnya.
4. Buat persediaan dan buat semakan atau kajian mengenai tempat yang dikunjung tiba
5. Sentiasa mengingati Allah dan meminta petunjukNya.
Hadis yang saya baca
"Apabila salah seorang kamu marah, hendaklah seorang lagi diam"
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat dan keluarga.
No comments:
Post a Comment