Bismillahirahmanirrahim
Blogging nampak macam mudah..
Memang mudah tapi Istiqamah yang sukar
Ibadah apa pun yang kita lakukan, kesukarannya selalu terletak pada Istiqamah
Saya percaya semuanya memerlukan disiplin
Dan hati yang kental
Melakukan ibadah atau mencari keredhaan Allah sepatutnya menjadi tujuan utama hidup
Namun sebagai manusia biasa kita jarang mengingati Allah dalam setiap aktiviti harian kita.
Alangkah indahnya kalau kita mampu mengingati Allah sepanjang masa. Lebih indah jika kita dijemput menjadi penghuni Syurga FirdausNya.
Mengingati? Bukan kah Melayu mudah lupa?
Hakikatnya, manusia mudah lupa.
Oleh sebab saya seorang manusia yang pelupa..
Saya hendak menggariskan panduan menulis Blog untuk diri saya sendiri
1. Mulakan dengan Bismillah sebelum tulis dan niat tulis untuk menyampaikan kebaikan dan mencari keredhaan Allah
2. Baca kembali garis panduan ini sebelum menulis
3. Buat rangka seperti zaman menulis esei di sekolah dulu (Pendahuluan, isi, penutup, tajuk) atau tulis dahulu apa yang terlintas kemudian susun atau peta
4. Set masa untuk merujuk dan menulis
5. Semak penulisan jangan ada yang menggunakan perkataan bercampur bahasa. Kalau boleh semak tatabahasa juga.
6. Pastikan hanya unsur-unsur positif yang digunakan
7. Senaraikan rujukan dan pautan yang berkenaan
8. Selawat dan Salam kepada Rasulullah S.A.W
9. Buat versi bahasa inggeris atau sebaliknya
10. Post pada hari yang sama. Jika perlu tambah atau kurang atau ubah boleh dilakukan kemudian. Yang penting dipaparkan.
Semoga saya dapat mengikuti garis panduan ini. Semoga saya mendapat manfaat daripada penulisan ini dan begitu juga para pembaca.
Hari ini saya telah baca satu hadis daripada Buku
109 Hadis Pilihan Untuk Anak Muslim terbitan Darul Mugni yang berbunyi,
"Seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalnya tetapi kerana rahmat Allah Taala. Oleh itu, lakukanlah perkara baik dan benar."
HR Muslim, Hadis No.2816, Bah. 4
Semoga hari ini dan hari esok kita sentiasa dirahmati Allah. Semoga kita istiqamah melakukan perkara baik dan benar.
Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W
No comments:
Post a Comment