Babbles on

Tuesday 22 April 2014

Day 2 @Niosh:

Isnin Hari 2

Sarapan pagi: nasi lemak ayam goreng
Makan Tengah hari: ???
Makan Malam: Kfc sutera mall
Tercicir purse n some one return back

Selasa Hari 3
Sarapan: mee hòon, nasi lemak, kueh tiaw?
Makan Tengah hari: Nasi Ayam Peladang
Makan Malam: ???

Rabu Hari 4
Sarapan: roti canai, soto
Makan Tengah hari: Nasi ayam merah, nasi putih sup soto
Makan Malam: Chicken rice shop, jb sentral
Ada pasar malam berdekatan tapi pukul 8 malam.
Jusco tebrau city beli s5

Khamis Hari 5
Sarapan: megi goreng telur mata, mamak dekat kedai dobi nasi putih n ayam goreng untuk sofia
Makan Tengah hari: roti kat bilik
Makan Malam: Islamic steak house chicken chop

Jumaat Hari 6
Sarapan: bubur n sup soto untuk sofia, lontong
Makan Tengah hari: roti kat bilik
Makan Malam: Restoran Sayam, Stulang

Sabtu Hari 7
Sarapan: nasi putih, sup singgang, ayam goreng, restoran kg boy
Makan Tengah hari: beriani gak haji apa taman dahlia tutup n mcm xde kedai pun sbnarnya.makan nasi ayam kat kedai  corner area sana.depan dia ada jual abc boleh bungkus dalam tupperware bulat, cucur nasi, kedai baiki kasut
Makan Malam: angsana mall, mee wantan, nasi ayam tuk sofia

Ahad Hari 8
sarapan: nasi beriyani restoran sayed
Makan petang: crepe crab meat, crepe choc oreo, strawberry milk shake @ kedai crepe puteri harbour
Makan malam: putu mayam, nasi kerabu ayam goreng, paru n puyuh lada, air kelapa laut, tembikai susu madu pasar malam taman sri skudai

Isnin hari 9
Sarapan: nasi lemak ayam goreng telur
Makan tengah hari:roti canai nina bawak
Makan malam: nasi ayam angsana mall, mee bandung surau angsana

Selasa hari 10
Sarapan: nasi lemak ayam goreng
Makan tengah hari: nasi ayam bungkus peladang
Makan malam: ikan siakap kukus ayam goreng kunyit nasi putih lai chee kang restoran deret restoran sayam

Rabu hari 11 hari akhir
Sarapan: lontong, kueh tiaw, nasi lemak
Balik petg tu makan kat umah mak

Hari 1 @Niosh: 5 Tip Menyesuaikan Diri di Tempat Baru Tiba

Bismillahirahmanirrahim ...

Ahad .. hari 1
Tiba@Niosh.kami daftar masuk.kunjung pusat membeli-belah di sebelah jalan.Tak pasti apa nama. Tak biasa dengan jalan Johor maka ambil beberapa minit untuk sampai. Jalan Johor yang ada pusingan-u pada jarak berhampiran, agak membantu. Makan bertih jagung, beli di pawagam di situ. Makan kfc yang rasanya tetap sedap sangat walaupun saya mempunyai masalah dengan juruwang yang lupa untuk memasukkan pesanan saya dan kfc ini paling kurang maklumat pada paparan menu berbanding kfc lain. Mungkin juga sebab sudah waktu Maghrib buat kami berdua rasa tak selesa. Saya tak berapa sedap hati dengan apa yang berlaku. Selepas makan malam, Kami ke pasaraya yang terpelusuk di aras bawah tanah. Beli ubat gigi, syampu, mandian dan lampin pakai buang sofia, satu kawalan jauh mainan kereta. Sofia menangis apabila pertama kali masuk bilik asrama di Niosh. Jadi hari pertama perasaan saya ke sini sana~ ~ ~ Alhamdulillah dia tidur dengan baik sepanjang malam.

Berkunjung ke tempat baru dengan anak dan pasangan anda boleh jadi mencabar. Jadi di sini ada beberapa tips:

1. Jadikan tabiat untuk menyimpan senarai semak barang-barang untuk dibawa bersama. fikir apa yang anda mungkin tertingal dan perlu gunakan dan beli dulu sebelum kamu berehat di tempat yang baru tiba.

2. Sabar dan berfikiran terbuka.
Anda dan pasangan kedua-duanya adalah baru di tempat itu. Oleh itu kedua-dua juga mungkin berasa sedikit tidak selamat, resah, dan mempunyai emosi sedikit terganggu. Jangan beri ruang untuk perbalahan. Jangan tunding pada kesilapan. Besarkan hati untuk biarkan perkara yang berlaku berlalu.

3. Menghormati pemandu - biarkan keputusan akhir dibuat olehnya.

4. Buat persediaan dan buat semakan atau kajian mengenai tempat yang dikunjung tiba

5. Sentiasa mengingati Allah dan meminta petunjukNya.

Hadis yang saya baca
"Apabila salah seorang kamu marah, hendaklah seorang lagi diam"

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat dan keluarga.

Rangka Johor


Objective:
1. sharing travel info for public reference
2. express gratitude and appreciation
3. sharing some life lesson

Content:
1. Puteri Harbour, Nusajaya, Kota Iskandar
2. Angsana Mall, Jusco Tebrau City, Sutera Mall, The Zone, JB sentral?, mall tepi jalan entah apa nama popcorn sedap, kfc sedap, pampers n cool blog.
3. Peladang, Islamic Steak House, Kampung boy,
Pekan Rabu, Pasar Malam Taman Sri Skudai, Restoran Sayed, Nasi Beriyani Taman Dahlia?, Kedai depan kedai baiki kasut dan apa, kedai dobi, kedai bfast roti canai n soto sedap. Kedai bfast megi goreng. Nasi lemak sebelum niosh. Restoran sayam, restoran sebelah hujung restoran sayam siakap kukus terbaik.
4. UTM
5. JOHOR-SG
6.Niosh
7.

1st Day @Niosh: 5 Tips To Adapt to Newly Arrived Place

Bismillahirahmanirrahim...
sunday..1st day
Arrived @Niosh.checked in.visit the mall beside the main road.not sure what is the name. not really familiar with Johor road so take few minutes to reach. Johor road have near distance uturns which is quite helpful. Had popcorn bought at the cinema of the mall. Had a stunningly delicious kfc despite the fact that i had some trouble with the cashier who forgot to key in my order and have the least information on the menu compared to other kfc. Well it is maghrib time already at that time both of us were pretty not at ease, i guess. I feel unsettled with what had happened. After dinner, We head to the supermarket which hide itself down at basement level. Bought toothpaste, sofia's bath shampoo n pampers, a remote control car toy. Sofia cried when first checked in. So the first day was abit here n there~~~Thankfully she slept weĺl throughout the night.
Well..travelling with a child and your partner can be challeging. So here are some tips:
1. Have a habit to keep a checklist of items to bring along. Figure out what you might left behind and need to use and do a quick shop before u settle yourselves at the newly arrived place.
2. Have patiences and be open minded.
You and partner both are new to the place. Therefore both also might felt some insecurity, uneasiness, and have an ustable emotion. Dont give room to arguments.Do not point mistakes. Have a big heart to let things pass.
3. Respect the driver - let the final decision be his/ hers
4. Prepare and do some study on the place your've visiting
5. Always remember Allah and ask for guidance.
Hadith i read
"when another is mad/upset/ scolding, the other is best be silent"
Peace and blsessings to Nabi Muhammad S.A.W and his friend and family.

Monday 21 April 2014

10 Steps of Blogwriting (for my own self)

Bismillahirahmanirrahim

Blogging looks like easy ..
It is simple but difficult to Istiqamah ( have Consistency + Preseverance)
Worshipping Allah, or whatever we do, the difficulty often lies in Istiqamah
I believe it requires discipline
And a 'thick' heart

Worshipping Allah and seeking the pleasure of Allah should be the primary purpose of life
But as a human we seldom remember Allah in our daily activities.

How beautiful if we are able to always remember Allah. It would be more beautiful if we are invited into the Firdaus Paradise?
Remembering? Aren't Malays prone to forget?
The fact is, people easily forget.

Because I am a forgetful human being ..
I want to write a  blog guide for my own

1. Begin with Bismillah before you write and write to convey good intentions and seek the pleasure of Allah

2. Return and read these guidelines before writing

3. Make a rough structure such as writing an essay back during the school time (Introduction, body, closing, title) or write down what comes in mind first then organize or map them

4. Sets the time to do reference and write-up

5. Ensure that the writing do not use the words in mixed languages. If you can, check the grammar as well.

6. Make sure only positive vibes are sent out

7. List relevant references and links

8. Peace and blessings to Rasulullah s.a.w

9. Convert to Malay version or vice versa

10. Post on the same day. If you need to add more or less or change it can be done later. The key is to publish first.

Hopefully I can follow these guidelines. May I get benefits from the writings, and so may the readers.

Today I have read a hadith from the book of
109 Hadiths For Muslim Children issued by Darul Mugni that reads,

"One does not go to heaven because of his prayers, but the mercy of Allah. Therefore, do good and true."
Narrated by Muslim, Hadith No.2816, Sect. 4

Hopefully today and tomorrow we are always blessed by Allah. May we be steadfast in doing good and true.

Peace and Blessings be upon beloved Prophet Muhammad SAW

10 Langkah Menulis Blog (Untuk Diri Sendiri)

Bismillahirahmanirrahim

Blogging nampak macam mudah..
Memang mudah tapi Istiqamah yang sukar
Ibadah apa pun yang kita lakukan, kesukarannya selalu terletak pada Istiqamah
Saya percaya semuanya memerlukan disiplin
Dan hati yang kental

Melakukan ibadah atau mencari keredhaan Allah sepatutnya menjadi tujuan utama hidup
Namun sebagai manusia biasa kita jarang mengingati Allah dalam setiap aktiviti harian kita.

Alangkah indahnya kalau kita mampu mengingati Allah sepanjang masa. Lebih indah jika kita dijemput menjadi penghuni Syurga FirdausNya.
Mengingati? Bukan kah Melayu mudah lupa?
Hakikatnya, manusia mudah lupa.

Oleh sebab saya seorang manusia yang pelupa..
Saya hendak menggariskan panduan menulis Blog untuk diri saya sendiri

1. Mulakan dengan Bismillah sebelum tulis dan niat tulis untuk menyampaikan kebaikan dan mencari keredhaan Allah

2. Baca kembali garis panduan ini sebelum menulis

3. Buat rangka seperti zaman menulis esei di sekolah dulu (Pendahuluan, isi, penutup, tajuk) atau tulis dahulu apa yang terlintas kemudian susun atau peta

4. Set masa untuk merujuk dan menulis

5. Semak penulisan jangan ada yang menggunakan perkataan bercampur bahasa. Kalau boleh semak tatabahasa juga.

6. Pastikan hanya unsur-unsur positif yang digunakan

7. Senaraikan rujukan dan pautan yang berkenaan

8. Selawat dan Salam kepada Rasulullah S.A.W

9. Buat versi bahasa inggeris atau sebaliknya

10. Post pada hari yang sama.  Jika perlu tambah atau kurang atau ubah boleh dilakukan kemudian. Yang penting dipaparkan.

Semoga saya dapat mengikuti garis panduan ini. Semoga saya mendapat manfaat daripada penulisan ini dan begitu juga para pembaca.

Hari ini saya telah baca satu hadis daripada Buku
109 Hadis Pilihan Untuk Anak Muslim terbitan Darul Mugni yang berbunyi,

"Seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalnya tetapi kerana rahmat Allah Taala. Oleh itu, lakukanlah perkara baik dan benar."
HR Muslim, Hadis No.2816, Bah. 4

Semoga hari ini dan hari esok kita sentiasa dirahmati Allah. Semoga kita istiqamah melakukan perkara baik dan benar.

Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W

Saturday 19 April 2014

Puteri Harbour

Nusajaya will be a stunning place once it is completed. Hope that efforts are put to maintain its beautiful architecture and attractions.

One of the main attraction here is the red box cube next to traders hotel where an indoor theme park for those 110cm above would enjoy @110%.

It housed a hello kitty town at the 1st level while @ 2nd & 3rd level is for the little big club.

Thursday 10 April 2014

Fwded Msg: Kaffarah Puasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI (Khamis, 10 Jdl. Akhir 1435H)
Kaffarah.
Pejam celik pejam celik kita sudah berada di bulan Jamadil Akhir. Menghampiri bulan Rejab, Sya'ban dan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Ramadan.  Antara tanda-tanda kita menghampiri bulan Ramadan ialah bila dah ada iklan jualan tapak Bazar Ramadan di dada-dada akhbar, iklan tempahan baju raya, sample-sample kuih raya sudah mula beredar di pejabat dan bilik-bilik guru serta bermacam-macam lagi.

Apa yang perlu kita ingatkan bukan sekadar itu sebenarnya. Tetapi sudahkah kita mengingatkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan kita tentang qada' puasa tahun lepas. Sudah berganti atau belum? Sebab sekiranya sehingga melepasi bulan puasa tahun ini sudah melebihi setahun maka wajib qada' puasa dan membayar fidyah.

Begitu juga kepada mereka yang telah  'merosakkan' ibadat puasanya sudah tentu dikenakan 'kaffarah' sebagai denda di atas kerosakan tersebut. Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan berpuasa dengan syarat-syarat tertentu.

PENCERAHAN :
Ada pelbagai jenis kaffarah yang berkaitan dengan memberi makan kepada fakir miskin, (gantian) antaranya:
1. Kaffarah merosakkan puasa kerana suami isteri melakukan jimak pada siang bulan Ramadan. Wajib menqada'kan puasanya dan wajib memberi makan 60 orang fakir miskin. Sekiranya tidak mampu dikehendaki berpuasa dua bulan berturut-turut.
2. Kaffarah musafir dan pesakit yang tidak mengqada'kan puasa pada tahun ia tinggalkan. Wajib menqada'kan puasanya dan membayar fidyah dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dan bertambahnya kaffarah dengan bertambahnya tahun.
3. Kaffarah orang tua yang tidak mampu berpuasa. Fidyahnya dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan
4. Kaffarah wanita hamil dan wanita menyusukan anak apabila berbuka kerana bimbangkan keselamatan anaknya. Wajib mengqada'kan puasanya dan membayar
fidyah dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
5. Kaffarah sumpah. Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau memberi pakaian kepada fakir miskin.
6. Kaffarah nazar. Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau memberi pakaian kepada fakir miskin.
7. Kaffarah zihar. Memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut disebabkan sakit atau tua.

TAKSIRAN KAFFARAH SENDIRI
Kadar nilaian yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan atau majlis agama Islam negeri adalah mengikut nilaian makanan ruji iaitu harga beras mengikut tahun semasa.
Contoh ; (Sumber MAIWP)
1 cupak beras = ¼ gantang Baghdad
¼ daripada zakat fitrah
Secupak beras (567.5 gram) = RM 1.75

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. (60 hari x RM1.75 = RM 105.00) Kaffarah Jimak pada siang hari dalam bulan Ramadan atau Kaffarah Zihar ialah;
1) Memerdekakan seorang hamba atau...
2) Puasa selama 2 bulan berturut-turut atau...
3) Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Nilaian untuk memberi makan kepada 60 orang miskin adalah sebanyak segantang beras bagi setiap seorang. Ini bermakna sebanyak 60 gantang beras (bersamaan 168 kg anggaran setiap satu gantang berharga RM 3.75) menjadikan jumlah keseluruhan 60 gantang = 60 orang miskin = RM 225.00

KESIMPULAN :
Mengikut kebiasaan masyarakat di Malaysia tidak makan nasi kosong semata-mata. Justeru, menurut Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi nilai ini haruslah dianggarkan kepada jumlah nilai hidangan yang mengenyangkan berdasarkan waqi'iyyah masyarakat setempat. Biasanya nilai harga makanan bagi satu hidangan yang lengkap ialah sebanyak RM5.00. Oleh itu jumlah kaffarah yang perlu dibayar ialah 60 X RM 5.00 = RM300.
Wallahu a'lam - Doakan Istiqamah Ist. Kay.

Wednesday 2 April 2014

Fwded msg: 10 tip prof muhaya

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihi. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

***Source: forwarded msgs from friends