Mungkin ramai dah melihat video di atas melalui whatsapp namun sukar untuk mencari di mana letaknya video penting ini didalam ribuan video lain yang telah tersimpan dalam handfon masing2.
Terus terang saya belum mendapat izin ikram/mothers againts pornography untuk upload video ini di blog saya. Namun saya akan meminta izin dengan secepat mungkin.
Kepada para ibubapa yang mungkin tertanya2 apa yang hendak diajar dan diterangkan kepada kanak2 berusia seawal 4 tahun ke atas boleh menonton video di atas BERSAMA-SAMA dengan anak masing2.
Pentingnya melihat video ini BERSAMA-SAMA kerana video ini agak laju dikhuatiri anak2 tidak dapat menangkap dan memahami dengan jelas penerangan yang disampaikan. Anak2 mungkin juga lebih mengambil perhatian terhadap hanya salah satu penerangan i.e audio/visual.
Maka, penting untuk ibu bapa melihat video ini dengan anak2 pertama dengan memainkannya secara terus. Kedua memainkan video ini secara berperingkat dan BERTANYA kepada anak2 adakah mereka memahami perkara yang disampaikan dengan jelas.
UJI anak2 dengan cara bertanya, role play sentuhan, untuk memastikan mereka benar2 memahami perkara penting ini.
Jangan ambil mudah kerana hakikatnya ramai kanak2 telah menjadi mangsa ganguan seksual ini bukan hanya ganguan dari pedofilia bahkan daripada kawan2 didalam insitusi nursery/tadika apatah lagi sekolah. Harus diingat terdapat sebilangan besar kanak2 malang yang tidak dijaga dengan baik oleh para ibubapa menyebabkan mereka melakukan ganguan seksual terhadap kanak2 lain.
Jangan ambil ringan, jangan kita tidak terfikir sekalipun yang perkara buruk akan berlaku pada kita mahupun anak2. Bersedialah menghadapi zaman yang begitu banyak maksiat dan kebinatangan. Lindungi anak kita dengan menyiasat dahulu institusi, penjaga atau sesiapa sahaja yang hendak kita serahkan tanggungjawab kita menjaga anak itu.
Doa banyak2 minta perlidungan dari Allah, serta bacakan ayat pendinding diri kepada anak2 SETIAP KALI sebelum meninggalkan anak kita dibawah penjagaan orang lain walaupun hanya untuk SEJAM DUA kita pergi membeli belah, jumpa kawan dll.
Sentiasalah kita beringat dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
JIKA PERKARA YANG TIDAK DIIGINI BERLAKU JUGA, INGATLAH ALLAH MEMBERIKAN BALASAN PAHALA YANG BESAR DI AKHIRAT SANA UNTUK ORANG2 YANG SABAR.
NAMUN, carilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Anda sebagai ibu bapa perlu setiap hari memberi sokongan pada anak anda dan bertanya keadaannya pada hari itu walaupun anak anda belum pandai berkata kata jika benar anda sayangi anak anda.
No comments:
Post a Comment