Babbles on

Tuesday, 22 November 2016

Copypaste: Mindset

Teladani Mindset Orang Kaya atau Syarikat Kaya.
.
Kejayaan orang kaya bermula dengan mindset yang medorong mereka mencapai impiannya. Antara faktor dorongan itu ialah:
.
+ Fokus kepada SOLUSI.
Tidak tertumpu atau berlama-lama dalam memikirkan masalah sebaliknya mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu. Kurang menggunakan ayat-ayat masalah seperti "masalahnya aku tiada modal", "aku sukar mengurus masa" dan banyak lagi ayat-ayat 'self sabotage' masalah... masalah... masalah... :D
.
+ Memiliki plan dan matlamat yang JELAS.
Impian dan jiwa besar diterjemahkan dengan strategi,visi, misi dan roadmap yang jelas. Tidak berangan-angan tanpa tindakan. Apabila ianya jelas, setiap individu dalam organisasi mudah mencapai KPI masing-masing.
.
+ Masa produktif untuk kerja-kerja PRODUKTIF.
Mereka tidak membazir masa dan mempunyai senarai semak harian dengan keutamaan tindakan. 'Prime time' diisi dengan kerja-kerja utama dan kerja-kerja yang kurang penting disusun di waktu yang lain.
.
Ekstra Bonus ;)
Orang kaya raya sebenarnya lebih pemurah daripada orang biasa-biasa. Hidup mereka bukan untuk diri mereka sahaja tetapi mencipta banyak peluang pekerjaan kepada orang biasa-biasa untuk terus survive.
.
Sumber diolah:
Buku Think Rich To Get Rich!: Secrets of Millionaire Mind
Penulis T. Harv Eker
.
Selamat Insurdin
DELiMA Business Services
"Info memulakan dan mengembangkan bisnes"

.

No comments:

Post a Comment