Babbles on

Sunday 26 April 2020

Sharing USNM- Mujahadah Ramadhan

bismillahirahmanirrahim

Hari ini Ramadhan ke 3. 
Alhamdulillah Allah bg rezeki dengar tarbiyah dr video Fb ni:


bagi yang nak dalam version words..
ni setakat yang saya mampu buat..


“Malam pertama ni ummi.. Semua orang pergi masjid jemaah ummi..
Takkan ummi nak sembahyang sorg2..”
Ustazah masa tu macam dah blur dah yati.. Macam xde idea nak cakap apa dah.. Tadi menang dah dengan ustaz.. Dah mati ayat.. Macam..xberfikir sgt..
Jadi bila dia bagi hulur telekung pakai, bila dia hulur stokin pakai.. Jadi akhirnya macam terikut jalanlah..

Tapi ustazah nak kata yati.. Ketika mana ustazah dah sampai dalam jemaah pelajar2 nak solat.. Memang menitik air mata..pasal apa.. “ Ya Allah, terima kasih.. ihsan nya engkau pada aku.. Kalau aku hanya mengandarkan pada tenaga, tenaga takde.. Kalau aku hanya mengharapkan pada iman aku.. Tengoklah tadi.. Bak kata anak ustazah, MAlam pertama..tak kan dah kantoi ummi? Belum malam 25 lagi..

Tu ustazah kata.. “ Ya Allah ya tuhan.. Kalau aku mengadarkan apa yang pada aku.. Aku tak kuat ya Allah.. Aku sangat lemah.. Tapi KAu datangkan segala jalan ya Allah untuk aku berada di tengah-tengah jemaah ini, sampai duduk tingkat 4, nampak bumbung, nampak langit bintang suma.. masya Allah seronok sangat duduk dalam keadaan kita boleh melihat alam.. Lepas tu semangat datang terus capai mikrofon ceramah pulak..heran anak2 ummi..tadi kata penat ceramah pulak..sebab nak kata Allahuakbar, tadi aku tak gagah ya Allah, padahal memang penat, tapi penat itu boleh.. Memerlukan element yang sedang kita bincang, namanya MUjahadah. Ini bukan penat terlantar tu, ya.. Sebab tu kadang2 kalau ustazah tengok kita sama2 muhasabah, bila time2 nak baca quran mengantuk2.. Tapi jarang nampak org mengantuk dekat shopping komplex eh..sambil pilih2 tepung ke..pilih tudung pilih baju ngantuk, tak tau mana satu tolong pilihkanlah sbb saya ngntuk. Jarang jumpa kan.. Tapi bila nak buat bende2 baik datanglah segala perasaan bermalas-malasan, penat, menangguh dan sebagainya, sebab itu, puan2, kita sama2 menginsafi bahawa Allah menguji kita, Allah nak tengok biar ada perlawanan, biar ada kesungguhan, biar ada kegagahan, ya, dah banyak bulan dah banyak tahun, kita hanya mengiyakan sahaja, ya, hidup kita dicorak dicatur, dipandu ditarik oleh hawa nafsu, maka biarlah untuk 30 hari Ramadhan, letakkanlah satu daya ikhtiar, ya, perjuangan untuk melawan, mendidik, menguruskan hawa nafsu itu dengan baik. Dan pada ayatke 16 surah at tawbah, Allah berfirman, 

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تُتْرَكُوا۟ وَلَمَّا يَعْلَمِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ مِنكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَا رَسُولِهِۦ وَلَا ٱلْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً ۚ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ Arab-Latin: Am ḥasibtum an tutrakụ wa lammā ya'lamillāhullażīna jāhadụ mingkum wa lam yattakhiżụ min dụnillāhi wa lā rasụlihī wa lal-mu`minīna walījah, wallāhu khabīrum bimā ta'malụn 
Terjemah Arti: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil ,menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan selain orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Jadi ada benda yang nak dilihat dengan jelas, dengan nyata, bukan samar2, bukan 50-50, bukan dalam keadaan keliru, confuse dan sebagainya, tetapi nak jelas,
Pada seorang mukmin itu jelas iman dia, jelas keyakinannya, jelas bahawa yang paling utama dalam hidup dia, Allah, dan dia tidak mengambil menjadi teman rapat, kecuali Allah, kecuali rasul, kecuali orang2 beriman, nak mendapat nilai kejelasan itu, diuji, dan Allah menguji kita dengan kadar yang sangat sangat ihsan, dengan keimanan yang ada dalam jiwa kita sendiri. Datang bulan ramadhan, dilihat, lawanlah sikit lawan lah sikit, ya, 30 hari je pun. Baru 8 hari, pun markah 4/8 2/8, ya, separuh, tak dapat markah penuh tu, kita kalau dengan anak ya Allah, tak tolerate dah tak tolerate dah ya, ni kenapa ni, markah matematik ni, 98 ni? Dua lagi dik, dua tu pun kita jadi isu..ya, kalau dulu dapat 88, dik naik lah dik, jadi A, ataupun naiklah sampai 90. Sekarang 98, jadi isu lg 2 tu? Tapi kalau dalam bab kita dengan Allah azzawajjalla, kita rasa ok dah tu, cukup dah banyak ni, cukup dah, masyaAllah kita kene adil tuan puan, ya, dalam hidup kita sendiri. Ya, dan ustazah langsung, ya nak menyentuh, beberapa potongan ayat quran, untuk melihat mujahadah kita ni pula nak bawak ke mana? Ke mana nak bawak mujahadah tu? Ya..saya dah mujahadah dah, jadi saya pun dah dapat solat terawih, saya dah mujahadah dah, dapat puasa, tetapi nak bawa ke mana mujahadah itu? Kita kena jelas dan mari kita sama2 melihat bagaimana surah al-imrah ayat 14-17



ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 
Arab-Latin: Allażīna yaqụlụna rabbanā innanā āmannā fagfir lanā żunụbanā wa qinā 'ażāban-nār 
Terjemah Arti: (Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka," Tafsir Quran Surat Ali ‘Imran Ayat 16


ٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْمُنفِقِينَ وَٱلْمُسْتَغْفِرِينَ بِٱلْأَسْحَارِ 
Arab-Latin: Aṣ-ṣābirīna waṣ-ṣādiqīna wal-qānitīna wal-munfiqīna wal-mustagfirīna bil-as-ḥār Terjemah Arti: (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.


Insya Allah boleh jadi bimbingan jadi panduan, sebab kita kene ingat bahawa, bulan ramadhan ini, dalam puasa ramadhan ini, kita ditarbiyah, slot ni pun slot tarbiyah, kita dididik.

Bukan senang nak tarbiyah diri..bukan senang, ada orang tu, tuan puan, ni ustazah baru dengar ni, ya, dia tak benarkan pasangan dia tegur dia, tegur, jangan tegur, jangan nasihat, sebab dia hafiz quran, ya tuan puan, ada orang ada anak2 tu pun macam tu, ada mak ayah pun mcam tu, tak usah tegur, jangan nasihat, mak tak nak, mak tau apa mak patut buat,  jadi macam mana kita nak ditarbiyah dalam keadaan kita susah nak ditegur. Dan memang tarbiyah untuk kene tegur ni, benda yang orang payah juga nak terima, yati, wuii, sakit kita ya kalau kene kutuk, kene tegur, kene caci kene apa, macam2, lagi2 kalau kita berilmu, masyaAllah, ego orang berilmu pun hebat..kalau kita tak benar2 mengikis dia, membersihkan hati kita.. Ya..kita pandang semacam org tegur kita, kita tak bagi can orang muhasabah kita, panas punggung kita, panas telinga, kalau itu pun dah tak boleh, kita dah tutup jalan, jangan tegur, orang pun takut nak tegur kita dah, Allah datangkan tarbiyah Ramadhan, tengok2 tarbiyah ramadhan pun tak boleh juga..ni macam mana kita? Ya jadi, mari kita lihat kemana tarbiyah ke mana mujahadah ini,  dengan melihat kepada ayat 14, ustazah akan ambil selayang pandang maksud dia.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ 
Arab-Latin: Zuyyina lin-nāsi ḥubbusy-syahawāti minan-nisā`i wal-banīna wal-qanaṭīril-muqanṭarati minaż-żahabi wal-fiḍḍati wal-khailil-musawwamati wal-an'āmi wal-ḥarṡ, żālika matā'ul-ḥayātid-dun-yā, wallāhu 'indahụ ḥusnul-ma`āb 

Terjemah Arti: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).


11 bulan, rasanya bende2 nilah yang banyak jadi fokus kita. Segala kesenangan dunia, harta benda, kesenangan hawa nafsu, kesukaan hawa nafsu, 11 bulan, “Zuyyina lin-nās” itulah manusia. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. Yang tadi kita sebut suma2 tu masih lagi mata ul hayata minad dunya’ “ kesenangan hidup dunia.
Ni ada benda Allah nak alihkan perhatian kita, ada bende Allah nak tarbiyah kita, ada bende Allah nak didik kita, apa dia? Nak bgtau ada lagi yang lebih baik daripada itu semua, mungkin 11 bulan itulah fokus kita, cari harta, nak menambahkan harta, nak menyimpan harta, nak buat stok harta. Ya, macam2 lagilah tuan puan, tentang kesukaan, keduniaan, kemewahan, gini3.. Itulah.. Allah kasihan tengok kita tuan puan. Allah kasihan tengok ustazah, Allah kasihan, sebab tu Allah datangkan Ramadhan untuk apa? Mari kita cuba mengaitkan juga walaupun ayat ini bukan khusus untuk ramadhan tapi begitulah kita hendak memahami ayat2 quran, yang sentiasa sesuai dalam semua masa, konteks nya, apa Allah sebut pada ayat ke 15?

۞ قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَٰجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَٰنٌ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ 
Arab-Latin: Qul a unabbi`ukum bikhairim min żālikum, lillażīnattaqau 'inda rabbihim jannātun tajrī min taḥtihal-an-hāru khālidīna fīhā wa azwājum muṭahharatuw wa riḍwānum minallāh, wallāhu baṣīrum bil-'ibād 

Terjemah Arti: Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?". Untuk orang-orang yang bertakwa* (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.


*cuba tengok balik ayat quran tentang puasa 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Arab-Latin: yā ayyuhallażīna āmanụ kutiba 'alaikumuṣ-ṣiyāmu kamā kutiba 'alallażīna ming qablikum la'allakum tattaqụn 
Terjemah Arti: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, — Quran Surat Al-Baqarah Ayat 183


Allah nak jadikan kamu orang yang terbaik, Allah nak jadikan kamu yang terbaik, untuk orang yang terbaik apa dia? 
Lillazi nattaqau, kalau cakap pasal yang lebih baik daripada harta daripada dunia, daripada segala keinginan hawa nafsu kamu, maka yang terbaik itu adalah taqwa, orang yang terbaik ialah orang yang bertaqwa, dan untuk orang yang bertaqwa Allah menyediakan yang terbaik, (refer ayat 15) 

JAdi subhanallah, kalau nak bawak dalam konteks ramadhan, sekejap Allah nak bg pindah, kamu nak sibuk2 11 bulan begitu begini dundang mcm2 lah yang tadi, ayat 14, alih sikit boleh tak? Masuk ramadhan..?jadi org bertaqwa..biar hati tu berehat dengan Allah, biar hati tu, lapangkan lah..mujahadahlah untuk tolak sekejap bende2 tu, apa dia..tumpulah Zikrullah, tumpu ingat Allah, tumpu taat pada Allah, masyaAllah, kita tau jawapannya untuk 9 hari ramadhan diri kita sendiri, kita tau jawapannya

No comments:

Post a Comment