Perempuan..
SEBENARNYA..
Allah letak kedudukan perempuan itu MAHAL.
Tapi perempuan yang merendahkan nilai diri nya
Benda MAHAL dan exclusive memang dibalut dijaga rapi dan bukan untuk tontonan umum biasa2
Sometimes,
Kita rasa eh dah cukup baik kita sebagai perempuan yang
Pakai tudung labuh, sembang tak banyak dengan lelaki,
dah cukup baik..
Padahal
Sudahkah engkau menundukkan pandangan?
Kalau kau masih pandang lagi lelaki yang bukan mahram
Kau masih belum cukup mahal.
Kalau kau masih bertegur sapa dengan lelaki bukan mahram
Kau masih belum cukup mahal
Walaupun kau tak berborak
Kalau kau masih naik lift berdua dengan lelaki bukan mahram
Kau masih belum cukup mahal
Kalau kau masih melayan lelaki yang lebih muda
Kerana anggap bagaikan adik
Tak perlu pun, sebab memang bukan adik!
Dan fitnah tu ada, fitnah tu wujud, fitnah tu real
Sbb seorang perempuan walaupun dia anggap diri nya tak
cantik tak attractive.
Allah mmg jadikan ada tarikan pada tubuh dia..
walaupun hanya pergelangan tangan yang putih yang kelihatan.
Walaupun hanya senyuman
Sememangnya ada tarikan itu.
Perempuan yang mahal
TUNDUKKANLAH pandangan,
JANGAN respons pada panggilan lelaki
bukan mahram, kecuali ada benda penting, perlu diketahui dahulu tujuan
panggilan, kalau tak tahu tujuan, bolayan kan sahaja.
Mungkin bunyinya macam sombong tapi ini lah yang akan menaikkan
maruah dan darjat seorang perempuan. Ini lah yang akan buat orang lain hormat
pada perempuan tersebut.
Jadilah perempuan yang dihormati dan disegani
Jangan tersalah langkah
Biar orang kata kita sombong asal kita tahu
NIAT KITA MENJAGA DIRI DARI FITNAH KERANA ALLAH TAALA.